Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku...Ibuku memang seorang pembohong...!Sepanjang ingatanku sekurang2nya lapan kali ibu membohongiku..Aku perlu catatkan segala pembohongan ibu untuk menjadi renungan anda sekelian...
Ceritanya bermula ketika aku masih kecil...Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan.Makan minum juga serba seadanya.Kami sering kelaparan.Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi satu keluarga...
Sebagai anak yang kecil,aku seringkali merungut.Aku menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak.Tapi ibu cepat memujuk.Ketika makan,ibu sering memberikan bahagian nasinya padaku.Sambil memindahkan nasi kepingganku,ibu berkata:"makanlah nak,ibu tak lapar."_PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika aku mulai besar,ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.Ibu berharap dari ikan hasil tangkapannya itu dapat dapat dijadikan makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing,ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.Sewaktu aku aku memakan gulai ikan itu,ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel ditulang daripada bekas sisa ikan yang aku makan tadi.
Aku sedih melihat ibu seperti itu.Hatiku tersentuh,lalu dengan menggunakan sudu,aku memberikan ikan itu kepada ibu.Tetapi ibu dengan cepat menolaknya.Ibu berkata:"Makanlah nak,ibu tak suka makan ikan."-PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Diusia awal remaja,aku masuk sekolah menengah.Ibu pergi pergi kekedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahanku,abang dan kakak.
Suatu dinihari,lebih kurang pukul 1:30 pagi,aku terjaga dari tidur.Aku melihat ibu sedang membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita dihadapannya.Beberapa kali aku lihat kepala ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk.Aku berkata;"Ibu,tidurlah,esok ibu kena pergi kebun pula."Ibu tersenyum dan berkata;"Cepatlah tidur nak,ibu belum mengantuk lagi."-PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Dihujung musim persekolahan,ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.Ketika hari sudah siang,terik panas matahari mulai menyinari,ibu terus sabar menungguku diluar dewan.Ibu sering saja tersenyum sambil mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar aku lulus dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai,ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh,aku segera memberikan cawanku kepada ibu dan menyuruhnya minum.Tapi ibu cepat-cepat menolaknyadan berkata;"Minumlah nak,ibu tak haus."-PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit,iaitu selepas beberapa bulah aku dilahirkan,ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.Ibu bekerja mengambil upah dikebun,membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu.Kehidupankeluarga kami semakin susah .Melihat keadaan keluarga yang semakin parah,seorang pak cik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami datang untuk membantu ibu.
Jiran-jiran seringkali menasihati ibu agar menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga ibu dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.Tetapi ibu yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.Ibu berkata;"Saya tidak perlukan cinta,saya tidak perlukan lelaki."-PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah abang dan kakak habis belajar dan mula bekerja,ibu sudahpun tua.Kakak dan abang menyuruh ibu berehat saja dirumah.Tak payahlah lagibersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit.Tetapi ibu tidak mahu.Ibu rela rela pergi kepasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu ibu,pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.Malahan ibu mengirimkan balik wang itu,dan ibu berkata;"Janganlah susah-susah,ibu ada duit."-PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian diuniversiti,aku melanjutkan lagi pelajaran keperingkat sarjana diluar negara.Pengajianku disana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.Sarjana itu aku sudahi dengan cemerlang,kemudian aku pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajianku,juga diluar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan,aku berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya diluar negara.Pada pandanganku,ibu sudah puas bersusah payah untuk kami.Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan,eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati,menolak ajakanku.Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata;"Tak payahlah,ibu tak biasa tinggal dinegara orang."-PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu,ibu semakin tua.Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser.Ibu mesti dibedah secepat mungkun.Aku yang ketika itu berada jauh siseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Aku melihat ibu terbaring lemah dikatil hospital setelah menjalani pembedahan.Ibu kelihatan sangat tua,menatap wajahku dengan penuh kerinduan.Ibu menghadiahkanku sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Aku melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.Aku menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.Aku cium tangan ibu,kemudiah kukecup pula pipi dan dahinya.Disaat itu hatiku terlalu pedih,sakit sekali melihat ibi dalam keadaan seperti itu.Tetapi ibu tetap tersenyumdan berkata;"Jangan menangis nak,ibu tak sakit."-PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongannya yang kelapan itu,ibunda tercinta menutup matanya untuk yang terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah.Anda boleh memeluk dan menciumnya.Kalau ibu anda jauh dari mata,anda boleh menelefonnya sekarang,dan berkata,'ibu,saya sayangkan ibu.'.Tapi tidaka aku.Sehingga kini aku diburu rasa bersalah yang teramat sangat kerana biarpun aku mengasihi ibu lebih dari segalanya,tapi tidak pernah sekalipun aku membisikkan kata-kata itu ketelinga ibu,sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir...Ibu maafkan aku.....aku menyayangimu......